Monday, May 19, 2014

Kenangan di Surau ABIM

Dalam perjalanan ke Lojing, singgah bermalam di sebuah hotel di Bandar Gua Musang berdekatan sebuah surau yang mencatit kenangan suatu waktu dulu.

Puluhan tahun dulu, semasa bertugas di bandar ini segalanya menjadi kenangan yang sangat manis meski dalam kesusahan kerana bandar ini masih terkucil, mundur dan serba kekurangan. Jalan tanah berdebu, kedai kedai kayu dan tiada siaran TV.

Usrah ABIM diadakan disurau inilah , ceramah PAS di merata tempat terutama di Sungai Terah, kuliah fardhu ain di Masjid Gua Musang.  Hanya dengan bermotor, kami bergelandangan mencari taman syurga, yakni majlis ilmu.

Akhirnya surau kecil binaan kayu ini dikenal surau ABIM.  Sekarang surau ini telah diganti dengan batu dan dinaiktaraf menjadi masjid.  Apabila mengunjunginya segala kenangan lalu terbau kembali. Bau hamis air paya bertakung bercampur bau debu tanah merah berbaur  , mengingatkan kembali bait bait syarahan Ustaz Ibrahim yang disampaikan menusuk di kalbu kami.

Gua Musang adalah sebahagia dari hidupku yang tercatat di sukma ku.

No comments: