Friday, July 25, 2014

Benarkah Aku Beramal Di Ramadan 2014

Ramadan 2014 pasti beransur pergi, memboyong segala kemurahan rahmat, pengampunan dan pembebasan ummat dari tuhan.  Apakah manusia benar- benar merebut tawaran gratis yang mega ini atau masih pekak dan bisu tanpa peduli. Terserah.

Pasti ada mereka yang berjuang bermati mati untuk mengumpul dana akhirah ini, pasti ada yang hanya mampu berdesah dan berharap ketemui ramadan tahun depan kerana tahun ini masih gagal bergiat sepenuhnya merebut peluang.  Pasti ada yang kebal ramadan, tidak merasakan apa apa gelumbang keberkatan ramadan.

Maka beruntunglah siapa-siapa yang dipilih tuhan untuk beramal di bulan pahala berganda ini.  Mereka dipermudah tuhan untuk solat wajib, solat sunat, membaca qur'an, berwirid, bersedekah dan sebagainya.

Alangkah malangnya mereka merentasi ramadan tanpa mendapat keampunan dan pembebasan dari Allah.

Sang guru mengkuliahkan bahawa kerahmatan ramadan hanya tertuang kepada mereka yang menenuhi syarat pengabdian. Kelayakan pertama ialah mereka yang bersihdiri dari segala dosa dengan taubat yang sah.

Taubat menjadi sah apabila segala rukun taubat dipenuhi. Segala hak dikembalikan kepada semua yang dikianati, termasuk mengkianati solat fardhu.  Maksudnya, segala solat fardhu yang ditinggalkan sejak catatan rakib dan atiq tertulis wajib diqadha.

Maka kewajiban mengqadha solat yang diabaikan dengan sengaja menjadi fardhu wajib, seperti wajibnya bertaubat.  Ujar Sang Guru, selagi tidak melunasi solat fardhu yang ditinggalkan suatu masa dulu, dosa tetap mengalir sampai disempurnakan. Penyucian dosa tertangguh kerana syarat rukun taubat itu tidak terlaksana.

Alangkah malang bagi mereka yang sibuk mengejar amalan solat sunat tanpa mempeduli solat qadha yang wajib ini. Solat sunat hanya bermanafaat buat mereka yang telah sempurna solat wajibnya.  Walhal mengerjakan solat qadha ganjarannya lebih besar dari ganjaran solat sunat terutama di ramadan yang mulia ini.

Hairan, mereka begitu rajin mengerjakan solat sunat seperti tarawih, dhuha dan sebagainya tapi malas mengerjakan solat qadha fardhu kerana beramal mengikut  tradisi tanpa ilmu.

Sang guru menambah lagi, qadha solat sampai habis segala hutang fardhu. Seandainya tuhan menjemput kita sebelum selesai segala hutang solat disempurnakan, insyaallah tuhan tahu keupayaan dan keterbasan kita, lalu kita digiring ke jannah.

Semuga ramadan memutihkan kita dengan kesedaran dan istiqamah kekal.  Wallahu'alam.

No comments: