Tuesday, March 03, 2015

"Di kalangan manusia ada binatang, di kalangan binatang tidak ada manusia"

Kemelut dalam parti politik diseluruh dunia adalah garam perjuangan. Tidak kira parti politik berideologi apa pun. Garis-garis besar haluan parti tidak cukup untuk mendisiplin ahlinya,kerana ahlinya adalah manusia yang tetap manusia. 

Manusia selalunya mudah bermutasi menhaden binatang yang nyaman hidup di hutan rimba dan menjadi ganas dan serakah bila kelaparan, Lalu benar Almarhum Hamka pernah menyebut "Di kalangan manusia ada binatang, tapi di kalangan binatang tidak ada manusia".

Sebuah parti politik mana pun, terpaksa berdepan dengan manusia yang bermutasi menjadi binatang, kerana hanya makhluk binatang terpaksa berlawan dan mencederakan ketuanya untuk merebut koloni.  Lihat lah koloni monyet, koloni singa dan banyak lagi.  Si jantan yang syok sendiri, merasa bijak dan punya pengikut bercita-cita untuk merebut kuasa. Mata tajamnya melihat dan mentafsir bahawa Sang Ketua sudah lemah dan liabiliti. Lalu mereka menyerang dan melukai Sang Ketua tanpa ampun.  

Parti politik yang lahir dari padang demokrasi memungkinkan tragedi ini berlaku.  Perpecahan dan kehancuran akan menyebabkan semuanya menjadi arang dan abu. Lalu Socrates mengatakan "Demokrasi akan mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin".


No comments: